Tol AKLEH tidak boleh naik hingga fasa dua bermula.
Tarikh: 
08/01/2009
Surat Khabar: 
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Jan.- Pengendali konsesi Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH) tidak dibenarkan menaikkan tol sehingga syarikat itu memulakan Kerja-kerja pembinaan fasa kedua melibatkan satu dek tiga laluan di lebuh raya tersebut dari persimpangan Jalan Jelatek ke Jalan Hulu  Kelang..

Perjanjian konsesi yang ditandatangai antara kerajaan Malaysia dengan Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) pada 16 Mei 1996 itu mendedahkan pembinaan fasa kedua lebuh raya tersebut sepatutnya dilaksanakan apabila jumlah kenderaan yang melalui fasa pertama AKLEH melebihi 93,600 sehari atau pada awal 2013.

Buat masa ini, prolintas menyatakan jumlah trafik harian di lebuh raya sepanjang 7.9 kilometer itu berada pada kadar 60,000 kenderaan dan dijangka meningkat ke tahap 93,000 tidak lama lagi.

Kadar tol yang dikenakan di lebuh Raya itu kini RM 1.50 bagi kenderaan kelas 1 atau kenderaan persendirian, RM 3 (Kelas 2- lori dua gandar), RM4.50 (Kelas 3- lori tiga gandar atau lebih) 80 sen (kelas 4- teksi) dan 80 sen (kelas 5-bas)

Mengikut perjanjian konsesi AKLEH (Ampang-KL Elvated Highway), kadar tol yang dipersetujui antara kerajaan dan prolintas untuk tempoh lapan tahun pertama konsesi ialah RM 2.50 (kelas 1), RM 5 (kelas 2,) RM 7.50 (kelas 3), RM1.30 (kelas 4) dan RM2.50 (kelas 5)

Kutipan tol di lebuh raya itu bermula pada 1 Jun 2001  dan bermakna bermula pada 2005 sehingga 2009 kadar tol yang dipersutujui ialah RM3 (kelas1), RM6 (Kelas 2), RM9(kelas 3), RM1.50 (kelas 4) dan RM3 (kelas 5)

Kadar maksimum tol yang dipersetujui iaitu RM 7 (kelas 1) RM14 (kelas 2), RM21 (kelas 3) , RM 3.50 (kelas 4) dan RM 7 (kelas 5) sepatutnya mula dikuatkuasakan pada 2020 sehingga tamat tempoh konsesi pada 2029